Hubungi Kami Untuk Langanan Segera: 03-78321772/ 03-78321773
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai
mati, dan bahawasanya pada hari kiamat
sahajalah akan disempurnakan balasan
kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan
dari neraka dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan
(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini
(meliputi segala kemewahannya dan
pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah
kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya. (A-li’Imraan, ayat 185)
Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik. (Surah An-Nisaa‘, ayat 5)